Monday, August 31, 2009

Lagi dari pengasas MPP TIPD...

salam.....kesayangan ustazah semua...ex MPP...Apa khabar kalian semua....Moga berada dalam rahmat dan inayahNya selalu....

Melihat rakaman potret yang penuh keceriaan ini...mengundang nostalgia yang tak kan mampu lu lupakan begitu saje....

gamitan pilu....desahan rindu....semuanya bersatu di kalbu...Dimana kalian semua??? Anak didikku....????

Doaku agar kalian semua...
sihat....bahagia..menjadi individu yang beriman
penuh dengan redha ilahi...

Ustazah tunggu pertemuan seterusnyaaaaaaaaaa....BILA???????????????????

14 August 2009
8.05am

Thursday, August 6, 2009

Lagi pic Mini gathering at Alamanda...II




Salam, Amyr has sent me another set of Mini gathering at Alamanda photo. Mcm2 gaya n memek muka...The best shot is masa Ustazah make up tu...check this out..

Monday, August 3, 2009

Lagi pic Mini gathering at Alamanda...






Ikhsan dari Amyr..thanks a ton Amyr...

Wednesday, July 29, 2009

Jom Share cara2 mengurangkan stress...


Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya.
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber,dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasanya
Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram.
Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yang membentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress. Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akan terjejas.
Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap ditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bill kerana terpaksa menunggu lama.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Link to check samada anda disenarai hitamkan oleh PTPTN

Salam to all,

PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak di link di bawah:

http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm
please copy and paste kat URL)

Thank you.

dari Tinta Ustazah Irni

Salam kawan-kawan semua,

keterharuan membaca perutusan ustazah ni membawa saya utk sama2 berkongsi setiap tutur yang ikhlas dari seseorang yang telah membentuk kita menjadi apa yang kita ada sekarang ni...Mari kita hayati setiap patah utusan dari ustazah ni...dan sememangnya Ustazah tak pernah melupakan kita....

Assalamualaikum….
Bicara bisu ini ku garapkah khusus untuk anak didikku yang bergelar Ex MPP mahupun bukan…Setiap titisan ilmu yang alirkan…..yang ku titiskan tanpa jemu….tidak lain dan tidak bukan….mahuku hanya ingin dirimu sekalian punya imej kendiri yang baik, watak yang kental….responsif pro aktif dan peka dengan dunia sekeliling….kerna ku impikan dalam diri kalian…semangat kepimpinan yang utuh…..
Adik-adik sekalian….
Menyoroti saat waktu…diri yang dhaif ini bergelar seorang pendidik….melangkah kaki buat pertama kalinya ke bumi Teknik Port Dickson….cukup mengujakan….Berbekalkan semangat kepimpinan yang ku gali di Universiti Malaya…..sebagai anggota Ahli Majlis Perwakilan Pelajar..Misi ku bukan calang-calang kugarapkan dalam diri….Nawaitu ku satu….ingin membentuk satu acuan kepimpinan dalam diri pelajar yang berpeluang bernaung di bawah ku……Tidak kah itu suatu yang sungguh berani…untuk seorang guru baru,…??????
Nyata…..Niatku menjadi realiti..1997…ku Berjaya membentuk saf kepimpinan yang ku panggil Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson…Dasarnya perjuangan dan kepimpinan orientasi Islam dan wadahnya menjaga kebajikan pelajar –pelajar Sekolah menengah Teknik Port Dickson. Tema kita…masihkah kalian ingat…..”TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR”.
Presiden pertama dalam kalangan pelajar tetap segar dalam ingatan..Mohd Nadzrul Nazarudin…yang sekarang ini telah berjaya menjadi seorang bisness man….dalam bidang design….gubahan pentas dan pelamin….hebat…..beliau..Tahniah….andai beliau terbaca…..ingatilah..Ex MPP pernah menjadi keluarga kita semua…..
Presiden Ke 2…generasi kedua…..Che Wan Badrul Amin…..tapi…kepimpinaannya hanya sementara…anak penerbit Jejak-jejak Rasul ini TV 3 ini ternyata terpaksa berpindah sekolah….Dan yang menggantikan tugasnya sebagai Presiden….ialah…Anas azraie…..Betul ke….?????
Generasi Pertama MPP hingga generasi ke 10 …silih berganti dan bertukar kepimpinan….hanya penasihatnya sahaja yang tak pernah bertukar…terus ku mantap mengalas amanah itu…..Ku kira ku hampir berjaya melahirkan individu berwatak…..Mohd Fauwaz Zam-zam yang sekarang ini telah menjadi seorang pilot, Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe, Zarith..si cantik jelita yang menjadi sekretariat sekarang, Marzuki yang ku dengar khabar sedang menyiapkan tesis master, Mohd Faizul..yang pernah menyandang tugas sebagai Presiden UNIMAS….sekarang ini telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang mantap, Mohd Hafizul..pencetus kepada idea perkhidmatan Bus MPP….Dimana dikau sekarang,……Mohd Hafizul Biro Akademik…yang pernah menjadi Presiden mahasiwa UKM..semasa Ustazah menghabiskan masters di UKM dulu…..dan nama-nama lain yang ustazah ingat tapi tak tersebut di sini…..Insya allah di lain kali..ustazah akan menulis lagi….Mungkin..setiap kali ustazah menulis….ustazah akan postkan kepada zarith….boleh kita kenang peristiwa…ustazah belajar mematangkan diri dengan karenah kalian……indah bukannnnn…MPP dalam kenangan………………………….Kita jumpa di ruangan lain……Ustazah perlu ansur dulu..walau banyak yang perlu ustazah kenang…dan kenangan itu sungguh indah rasanya……salam sayang untuk semua anak didikku….BYEEEEEEEEE
July 28, 2009 9:12 PM
Ustazah Irni…

Tuesday, July 28, 2009

Suatu ketika dulu 2000/2001


Huh terima kasih to Alin (Nurazlin Shariff) atas usaha beliau mengorek photo-photo ini dari simpanan..mengenang kembali kenangan MPP 2000-2001...Jom la kita layan pic2 lama ni..Jgn ada yang menangis pulak tengok pic2 lama...pada sesiapa yang ada koleksi2 MPP tahun mereka..please feel free to share with us here..you can email it to me Zarith at gazelle_840@yahoo.com....enjoy..










Fadilat Ramadhan

Salam kawan2...sebagaimana yang kita semua sedia maklum bulan Ramadhan akan menjelma x lama lagi..Di kesempatan ni kami nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan an Mubarak dan sambutlah Ramadhan kali ni dengan ikhlas dan penuh pengertian...jgn ada pula yang plan nak ponteng puasa...Ok ape kata kalau kita sama2 berkongsi pengetahuan pasal Fadilat Ramadhan...mana tahu ada sesuatu yang bakal menyedarkan kita tentang sesuatu yang kita tak tahu...Jom kita baca....

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Monday, July 27, 2009

Terkini dari Teratak SMTPD

Mesti ramai yang tertanya2..ape lah agaknye perkembangan and cerita terbaru SMTPD kan??Ok jom kita tengok ape yang we all dapat..walaupun x banyak..at least something kan untuk pengubat rindu :) check this out...

Sumber: Website SMTPD

SMTPD dipilih menjadi tuan rumah untuk Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Port Dickson bagi tahun 2009. Tema Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Port Dickson pada tahun ini adalah 'Guru Pembina Negara Bangsa'

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Port Dickson 2009 dirasmikan oleh YB Tuan Shamsulkahar Bin Mohd Deli, PMC,PJK. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tayangan Video Aktiviti Hari Guru Daerah Port Dickson, tarian, nyanyian koir, penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang pertandingan boling, badminton, Guru-guru yang bersara dan Tokoh Guru Daerah Port Dickson 200..



Friday, July 24, 2009

Tahniah to En Anaz..

Tahniah to Abang Anaz kerana telah selamat di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya pada 13 Jun 2009 di Cheras. Kami disini mengucapkan selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia selamanya..Selamat menjalani kehidupan yang " baru"...

Check out his wedding pic...

Friday, May 29, 2009

Setelah sekian lama...

Thanks a lot to Amyr who have arranged such a wonderful mini gathering...Zarith jugak nak mintak maap banyak2 sebab x dapat hadir due to some reasons that i really x boleh avoid..

Untuk semua, hopefully ni merupakan titik permulaan untuk kita merapatkan lagi tali silaturrahim antara satu sama lain and at the same time mengimbau kenangan2 manis yang kita penah lalui bersama2 sepanjang kita menjadi pelajar di SMTPD dulu..

BTW, a ton of thanks to Ustazah Irni yang sudi datang dari jauh untuk memeriahkan mini gathering ini..walaupun agak lama ustazah menunggu (mintak maap banyak2 ustazah..dari hujung rambut sampau hujung kaki..) usaha n pengorbanan ustazah selama ni, tak tahu macam mana kami nak membalasnya...apa yang kami dapat semasa menjadi MPP , segala tunjuk ajar ustazah and pengalaman mengendalikan pelbagai majlis semasa di sekolah dulu yang membawa kami kesini anda dengan itu jugalah ada nya "mini gathering" dan semua gathering2 yang akan datang. Terima Kasih ustazah..

ok...sedikit sebanyak about the gathering ya..

Mini gathering ni adalah buah fikiran and hasil perbincangan antara Abang Anas, Amir and Zarith.. first of all we all ingat nak buat yang besa besaran tu tapi memandangkan kita masih lagi kurang kaki tangan so abang anas mencadangkan untuk kita wat " Mini Gathering" dulu.

Mini gatering ni telah dia adakan di Alamanda Putrajaya pada 16 Mei 2009 dan seramai 12 orang x - MPP yang terdiri dari batch 1998/1999 , 2001/2002, 2002/2003, 2003/2004 and 2004/2005...and ini merupakan permulaan yang baik untuk kita terus berusaha untuk mengadakan gathering - gathering yang seterusnya.

Ustazah Irni dan x -mpp yang lain telah makan tengah hari bersama dan banyak perkara yang di bual dan di bincangkan. Antaranya mengenai perancangan untuk mengadakan Alumni and untuk meng'registerkan" alumni di bawah nama SMTPD. Selain itu, kesempatan ini juga diambil utk mengimbau kenangan -kenangan semasa di SMTPD dan bersama MPP dulu..erm mesti banyak yang melucukan...

Mini gathering ini telah bersurai pada jam 3petang...dan mesti ramai yang happy pada hari tu kerana selain dapat berjumpa kawan-kawan lama dan ustazah, dengar kata gathering ni memang happening dengan gelak ketawa sampai untazah mintak dipanggil dengan nama Puan Irni dan bukan Uztazah ... hahaha..

so...kita da achieve our target for this " mini gathering" and will look forward to "get together" again and InsyaAllah perjumpaan -perjumpaan sebegini akan membawa kita ke satu perjumpaan yang lebih besar dan lebih ramai x- mpp yang akan hadir..

Mini gathering @ Alamanda Putrajaya




Thursday, March 19, 2009

Ape yang anda nantikan dah tiba..

MINI reunion...get togather...

good news for all of you guys, we are planning to do a MINI reunion somewhere in May...Appreciate sangat kalau kali ni ramai yang dapat datang...This is not a normal reunion..hehe makan then balik...this is totally different...nak tahu ape plannye????

rajin2 la viewblog ni...will update you all soon....tata bye for now..

Salam.

Thursday, February 26, 2009

Lagi pic 1st reunion


perkembangan terbaru..

Alhamdulillah..hari ini saya berpeluang bercakap dengan penasihat mpp kita iaitu Ustazah Irnie..Saya telah maklumkan kewujudan blog ini dan juga perancangan alumni MPP untuk mengadakan union sekali lagi..Nampaknya ustazah memang mengambil kesempatan ini utk mem'fire' saya.. (adoii..sakit telinga)..Ini juga membuktikan bahawa penasihat mpp kita ni tetap kekal sama..iaitu pedas dalam melontarkan kata-kata, masih garang lagi dan maintain bersahaja... (jgn marah ye ustazah..=)

Perbualan kami berterusan ke YM dan ustazah telah berbesar hati untuk menderma gambar family beliau yang terkini untuk paparan ahli alumni...Namun hanya sekeping sahaja yang berjaya saya terima...yang lain x sempat nak save...(network down..)

Kepada ahli alumni yang ingin berutusan YM atau bertanya khabar ustazah, boleh dipersilakan add beliau di emel --> zimahumie@yahoo.com

~anas azraiee saad~

Wednesday, February 25, 2009

Wednesday, February 11, 2009

Meraikan kelahiran blog ex-mpp TIPD...

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga disiapkan blog khas untuk alumni ex-mpp SMTPD ini..Jom kawan-kawan..Marilah kita jayakan berhimpun semula..ketemukan semula & berkongsi cerita diantara kita..

Saya percaya semenjak pertemuan besar-besaran pada tahun 2004 (kalo silap, sila betulkan ya), ahli alumni MPP tidak lagi mengadakan pertemuan sesama mereka. Tahniah dan syabas kepada adik-adik MPP batch ketika itu kerana berjaya mengumpulkan ramai ex-mpp seawal batch 1998/99. Saya masih ingat lagi betapa malam pertemuan tu begitu meriah dan menemukan generasi lama dan baru yang lebih bertenaga, segar dan komited.

So, mari la kita jayakan rancangan reunion kali ini. Saya harapkan agar alumni MPP-SMTPD yang ada diluar sana tu, hantarlah details anda kepada AJK Reunion..Kami sedang membina satu database yang mengumpulkan semua alumni MPP-SMTPD. Saya harap semua dapat memberikan kerjasama. Sentiasa lah menjenguk ke blog ini untuk sebarang info terkini...

AJK Reunion MPP-SMTPD:
Anas Azraiee Saad - skynet_azs@yahoo.com
Mardiana Karip - dianasierra19@gmail.com
Zarith - gazelle_840@yahoo.com

p/s: sori ler kengkawan..ayat skema..skill karangan dh tumpul ler..x reti lagi dah ..=P

Ex-MPP TIPD blogspot

Wednesday, 11 Feb 2009

Assalamualaikom and greeting,

Ladies and Gentlemen, it is my pleasure to welcome you on behalf of the MPP's TIPD reunion committee to join this blogspot. And it is a particular honor to have such distinguished MPPs to be here.

Let me begin with the mission of this blog, which is called ex-MPP TIPD. Very basically, our mission is to get together and do something useful, fun and enjoyable for us and TIPD as well. As we all know the school life has passed us with a lot of beautiful memories. I' m sure each and everyone of us has our own special moments to remember and cheris until today. By having this blog, we are hoping that we can bring back all this memories and strengthen our relationship as a true MPP. Through this blog, it will make it easier for us to get in touch with each other and arrange activities such as reunion, family days, sports day, etc.

Having said that, we really hope that we can get the support from all of you to make this blog a great success. Feel free to visit our very own blog and do drop your comments and suggestions to make this a better place for us! Looking forward to meeting you guys soon!!

Zarith Wahab
MPP TIPD 00/01