Wednesday, July 29, 2009

dari Tinta Ustazah Irni

Salam kawan-kawan semua,

keterharuan membaca perutusan ustazah ni membawa saya utk sama2 berkongsi setiap tutur yang ikhlas dari seseorang yang telah membentuk kita menjadi apa yang kita ada sekarang ni...Mari kita hayati setiap patah utusan dari ustazah ni...dan sememangnya Ustazah tak pernah melupakan kita....

Assalamualaikum….
Bicara bisu ini ku garapkah khusus untuk anak didikku yang bergelar Ex MPP mahupun bukan…Setiap titisan ilmu yang alirkan…..yang ku titiskan tanpa jemu….tidak lain dan tidak bukan….mahuku hanya ingin dirimu sekalian punya imej kendiri yang baik, watak yang kental….responsif pro aktif dan peka dengan dunia sekeliling….kerna ku impikan dalam diri kalian…semangat kepimpinan yang utuh…..
Adik-adik sekalian….
Menyoroti saat waktu…diri yang dhaif ini bergelar seorang pendidik….melangkah kaki buat pertama kalinya ke bumi Teknik Port Dickson….cukup mengujakan….Berbekalkan semangat kepimpinan yang ku gali di Universiti Malaya…..sebagai anggota Ahli Majlis Perwakilan Pelajar..Misi ku bukan calang-calang kugarapkan dalam diri….Nawaitu ku satu….ingin membentuk satu acuan kepimpinan dalam diri pelajar yang berpeluang bernaung di bawah ku……Tidak kah itu suatu yang sungguh berani…untuk seorang guru baru,…??????
Nyata…..Niatku menjadi realiti..1997…ku Berjaya membentuk saf kepimpinan yang ku panggil Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson…Dasarnya perjuangan dan kepimpinan orientasi Islam dan wadahnya menjaga kebajikan pelajar –pelajar Sekolah menengah Teknik Port Dickson. Tema kita…masihkah kalian ingat…..”TETAP TEGUH MENDOKONG ASPIRASI PELAJAR”.
Presiden pertama dalam kalangan pelajar tetap segar dalam ingatan..Mohd Nadzrul Nazarudin…yang sekarang ini telah berjaya menjadi seorang bisness man….dalam bidang design….gubahan pentas dan pelamin….hebat…..beliau..Tahniah….andai beliau terbaca…..ingatilah..Ex MPP pernah menjadi keluarga kita semua…..
Presiden Ke 2…generasi kedua…..Che Wan Badrul Amin…..tapi…kepimpinaannya hanya sementara…anak penerbit Jejak-jejak Rasul ini TV 3 ini ternyata terpaksa berpindah sekolah….Dan yang menggantikan tugasnya sebagai Presiden….ialah…Anas azraie…..Betul ke….?????
Generasi Pertama MPP hingga generasi ke 10 …silih berganti dan bertukar kepimpinan….hanya penasihatnya sahaja yang tak pernah bertukar…terus ku mantap mengalas amanah itu…..Ku kira ku hampir berjaya melahirkan individu berwatak…..Mohd Fauwaz Zam-zam yang sekarang ini telah menjadi seorang pilot, Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe, Zarith..si cantik jelita yang menjadi sekretariat sekarang, Marzuki yang ku dengar khabar sedang menyiapkan tesis master, Mohd Faizul..yang pernah menyandang tugas sebagai Presiden UNIMAS….sekarang ini telah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang mantap, Mohd Hafizul..pencetus kepada idea perkhidmatan Bus MPP….Dimana dikau sekarang,……Mohd Hafizul Biro Akademik…yang pernah menjadi Presiden mahasiwa UKM..semasa Ustazah menghabiskan masters di UKM dulu…..dan nama-nama lain yang ustazah ingat tapi tak tersebut di sini…..Insya allah di lain kali..ustazah akan menulis lagi….Mungkin..setiap kali ustazah menulis….ustazah akan postkan kepada zarith….boleh kita kenang peristiwa…ustazah belajar mematangkan diri dengan karenah kalian……indah bukannnnn…MPP dalam kenangan………………………….Kita jumpa di ruangan lain……Ustazah perlu ansur dulu..walau banyak yang perlu ustazah kenang…dan kenangan itu sungguh indah rasanya……salam sayang untuk semua anak didikku….BYEEEEEEEEE
July 28, 2009 9:12 PM
Ustazah Irni…

5 comments:

  1. Amir fauzan juruteknik yang berwibawa….ku kira manja dan begitu berhemah……Mohd Izudin jejaka ensem yang pernah suatu ketika ……hehehhehe,

    hiks..syahdu baca warkah dari ustazah irni nie..andai waktu boleh di putar kembali,ingin sekali lagi bergelar student teknik port dickson agar sekali lagi dapat menghambakan diri sebagai pemimpin majlis perwakilan pelajar..izzudin yang satu ketika..hahahaha..tersenyum saya membaca tulisan ustazah..

    din ko sememangnya..seperti yg ustzah mention..tp tetap menjadi penyeri keceriaan mpp..huhu

    aahhh..indahnya kenangan di bumi teknik port dickson dan pernah bernaung di bawah panji kepimpinan ustazah irni..dan menabur bakti di teknik port dickson..

    ReplyDelete
  2. Amyr...frankly speaking I like they way ustazah said "Kukira manja dan begitu berhemah"...Manja ke???

    ReplyDelete
  3. Aduhai..rasa sebak je baca nukilan Us. Irnie ni..Mcm terasa patah kembali ke zaman belajar tahun 98/99 dulu..Betul kata Us. Irnie, menubuhkan MPP SMTPD bukan satu perkara mudah. Byk halangan,tekanan,cemuhan,provokasi dan kata kata sindiran pedih lagi menghina pernah dilemparkan kepada kami..Namun, kami cekalkan hati dan terus berpegang kuat pada kalimah "TETAP TEGUH MENDUKUNG ASPIRASI PELAJAR"..Kami berkhidmat untuk pelajar dan demi pelajar la juga kami berterima kasih..=)

    Akhirnya, kami tetap berkhidmat selama 2 tahun dengan penuh suka duka, pahit manis kenangan yang tidak akan mudah luput dari ingatan ini..Terima kasih Ustazah Irnie..Terima kasih SMTPD..

    Wassalam..=)

    ReplyDelete
  4. hiks...manja ker????hahahaha...
    instead,got big question mark also in my mine..
    but i really appreciate it..

    ReplyDelete
  5. huhu... all about MPP... yer... MPP yang sentiasa dalam ingatanku sehingga sekarang...

    ReplyDelete